Thursday 6 September 2012

rempeyek dan popiah nestum

semalam aku dapat rempeyek - mak tiri bagi
sedap wooo..sebab rempeyek ni dari kampung, pulak tu hasil tangan mak dia sendiri
sama sedap cam kerepek keladi ngan tumpi yg dia bagi aritu

hari ni pulak aku dapat popiah nestum - kak hajah bagi
memang salah satu kuih feveret aku nih
dah start makan, susahnya nak berenti
selagi tak abes katanya :)
Alhamdulillah, memang murah rezekilah aku minggu ni


atas ni rempeyek 

bawah ni popiah nestum


terima kasih sekali lagi semua :)

Tuesday 4 September 2012

piala malaysia 2012

salah satu daripada kesukaan aku ialah tengok bola sepak
tapi setakat tengok kat tv jelah
nak jadi penonton kat stadium takdelah lagi
tapi akan-akan datang tak taulah kot :)
aku pun takdelah sokong mana-mana team
lagi pulak aku tak reti nak komen diorg nih main bagus ke tidak
sbb aku tak fokus sangat pun pasal corak permainan
peraturan bola sepak pun aku tak tau :p
yang aku suka tengok => aksi-aksi diorg 
cara gelecek bola
aksi lepas jaringkan gol
aksi bila tak dapat jaringkan gol

gaya rambut 
antaranya

(ni afiq azmi. hensem kan dia :)

dan gaya pakaian sebabnya aku suka tengok org pakai baju sukan 
hihi

(ni indra putra. dia suka pakai baju dua lapis cam ni :)

okeh, ni team yang bertanding dalam piala malaysia 2012 
ada 4 kumpulan : a, b, c dan d


aku takdelah tengok semua perlawanan

tapi malam tadi sempatlah aku layan kedah (0) vs kelantan (0)


apapun untuk semua team, aku tunggu sape yang dapat gi final k
confirm aku ada depan tv tengok korang main :)

nota kaki : teringat kat salah seorg makcik laki aku, dia kata dulu family dia tak suka tgk bola. tapi skang satu family dah suka sejak aku tumpang tgk bola kat rumah dia. sebabnya aku punya kecoh menjerit macam aku jek ketua jurulatih :)
majulah sukan untuk negara

Monday 3 September 2012

rota, tumpi, kerepek keladi dan maggi bakar

Alhamdulillah .. syukur
rezeki aku di pagi hari dan tengahari

ini dia
.
.
.

rota dari pengantin baru
tumpi dan kerepek keladi dari mak tiri .. hoho .. 


tengahari pulak dapat 
.
.
.

maggi bakar dari kawan meja sebelah



katanya kena makan dengan sos baru sedap
sib baek aku ada stok sos mcd dulu-dulu 



terima kasih banyak buat semua yang memberi
semoga bertambah-tambah murah rezeki korang
huhu
tetiba teringat aku jek yang selalu tak bagi apa-apa kat org lain
hukhuk

give up

dalam banyak-banyak ayat penyejuk hati
aku paling suka kata-kata ni


nota kaki : aku yang sedang memujuk hati sendiri
bukan nak kata aku selalu betul
cuma nak bgtau yang kadang-kadang aku nak kan sedikit ruang untuk diri sendiri

daging masak lemak

okeh, semalam dalam pada aku frust sini - sana
sempat gak aku masak utk makan malam
ala..masak satu lauk je pun
jadik lah 
first time nih aku try buat daging masak lemak
resepi ikut suka hati aku .. yang penting ada santan
jadik lah lauk lemak kan .. kan .. :)
aku namakan dia daging masak lemak je
bukan daging masak lemak cili padi
sebabnya
kalau ikut tekak aku, harus aku bubuh cili padi banyak-banyak kasi berapi
tapi kang anak-anak aku tak makan pulak
pastu mulalah rasa bersalah sebab masak ikut selera sendiri :p

okeh..inilah rupa parasnya

aku tengok daging ni pucat jek, 
sama jek ngan rupa tukang masaknya kot ... :)


okeh, rupa memang takdelah kan
tapi rasanya bolelah tahan :p


nah ! dari jarak dekat


rajin kan aku masak :)

03hb sept 2012



hari ini = > 03 sept 2012 => isnin 
aku bina blog ni
blog ni lahir atas rasa kecewa
kecewa atas sebab apa ?
sebab diri aku sendiri
aku tak pasti berapa lama blog ini akan bertahan
yang aku pasti 
kat sinilah aku nak curahkan segalanya 
semoga segala rasa hati => marah, sedih, kecewa, gembira
dapat aku kongsikan kat sini 
wahai hati, disinilah tempatmu 
dan untuk entri pertama ni
aku nak share satu lirik lagu kegemaran aku

= tiada lagi =

sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati selalu berbeda
sampai kapan lagi ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita masih bersatu, tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku, tak kan lagi ku bersamamu
biar kusimpan semua kenanganku bersamamu


sampai kapan lagi ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
seandainya kita masih bersatu, tak mungkin kan menyatu
walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini


tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku, tak kan lagi ku bersamamu
biar kusimpan semua kenanganku bersamamu


tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku, tak kan lagi ku bersamamu
biar kusimpan semua kenanganku bersamamu


tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
biar aku sendiri tanpa dirimu
tiada lagi kata cintaku, tak kan lagi ku bersamamu
biar kusimpan semua kenanganku bersamamu


tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
biar aku sendiri tanpa dirimu